Sunday, February 12, 2012

FAKTOR MENJAYAKAN PERLAKSANAAN AMALAN 5S
Amalan 5S Membantu dalam membina dan memelihara persekitaran tempat kerja supaya sentiasa MESRA, BERSIH dan INDAH. Pelbagai usaha dilakukan bagi menggalakkan kearah penerusan AMALAN 5S. 

JAWATANKUASA AMALAN 5S   
AKTIVITI PROMOSI 5S

Saturday, February 11, 2012

Lawatan Konsultansi 5S KD PELANDOK



Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. 

Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja. Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai 
tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan.



Siri Lawatan Konsultansi di KD PELANDOK 

Lawatan Kawasan (Bahagian Pentadbiran)
Amalan 5S ini merupakan satu kaedah bagi melaksanakan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kemas, bersih dan tersusun. Jika Amalan 5S dilaksanakan ianya akan meningkatkan tahap pengurusan dan penyelenggaraan pejabat  ke arah yang lebih baik di samping dapat mengurangkan pembaziran.

Bersama Ketua Audit KD Pelandok - Lt Kdr Fuad

Penerangan dari Pegawai Memerintah KD Pelandok

Komitmen dan penglibatan Pengurusan Atasan dan warga Jabatan/Agensi dalam 
pelaksanaan Amalan 5S merupakan asas kepada peningkatan 
kualiti dan produktiviti Jabatan/Agensi.
Penambahbaikan proses "Susun"
Tinjauan bagi proses "Seragam"

Amalan 5S merujuk kepada pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih seragam dan sistematik. Amalan 5S dapat membantu warga Jabatan/Agensi bekerja dalam persekitaran tempat kerja yang kondusif dan selesa.
berpasukan di samping mewujudkan rasa selesa terhadap persekitaran 
tempat kerja.
Penerangan bagi Sudut 5S

Pemeriksaan bagi amalan "Sisih" di bilik simpanan 
Amalan 5S akan membentuk disiplin diri yang baik, semangat kerja berpasukan di samping mewujudkan rasa selesa terhadap persekitaran tempat kerja.

Amalan Persekitaran Yang Berkualiti 5S

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar 'sebelum & selepas' dari Jabatan Operasi atau Kumpulan Strike setelah melaksanakan 5S:








Majlis Pelancaran 5S KD MAHAWANGSA

Cendermata dari pihak konsultant kepada Pegawai Memerintah KD MHW
Barisan konsultant ADR bersama pegawai-pegawai  KD MHW


Perlaksanaan Amalan 5S


Beberapa aktiviti telah dijalankan pada sessi konsultansiseperti perjumpaan Tim Pengurusan 5S bersama Pegawai Memerintah dan juga Pn. Jue Azwa.


Berjumpaan bersama Tim AJK Pemandu 5S
Sessi taklimat dokumentasi

Perjumpaan bersama ahli-ahli kumpulan turut dilakukan untuk mengetahui sebarang permasalahan yang timbul serta cara mengatasinya.

Sebelum warga kapal bersurai pada petangnya, satu siri lawatan konsultan bersama-sama Pegawai Memerintah dan Tim Pengurusan 5S telah dilakukan. Hasil dari lawatan ini adalah kebanyakkan zon dan bahagian masing-masing telah menunjukkan hasil yang memuaskan.

INOVASI 5S


Inovasi 5S

Sejak kapal mula ke arah persijilan 5S, didapati beberapa inovasi-inovasi terbaru direka untuk kemudahan dan kesenangan warga kapal. Inovasi-inovasi ini direka bersesuaian dengan konsep 5S yang inginkan kapal sentiasa di dalam keadaan bersih, kemas, teratur dan pelbagai lagi.

Diperlihatkan beberapa inovasi-inovasi yang dicipta oleh Kumpulan-kumpulan 5S KD MAHAWANGSA:


Peralatan Menyelamatkan Orang Jatuh Laut
Man Over Board Recovery - Pada mulanya gelungan tali hanya diikat pada tiangrecovery. Memandangkan ianya kelihatan tidak kemas, bahkan boleh melambatkan kerja-kerja menyelamatkan orang jatuh laut. Atas inisiatif Kumpulan Otomat diciptanya gelungan tali yang diletakkan di dalam roller agar mudah untuk mengeluarkan tali jika berlaku kecemasan.

Pemegang Tangga 'Roller Hitch'
Satu gelunggan tali 'manila' yang dikenali sebagai 'Roller Hitch' telah diikat pada pemegang tangga untuk menuruni tangga ke 'Tank Deck'. Gelunggan tali ini dicipta agar memudahkan warga kapal memegang pemegang tangga dengan selamat sekaligus menggelakkan pengguna tergelincir. Untuk pengetahuan semua, 'Roller Hitch' ini dicipta kerana tangga ini selalu digunakan warga kapal dengan membawa pelbagai barang-barang seperti rangsum basah, peralatan kelasi, peralatan teknikal dan pelbagai lagi. Ciptaan Kumpulan Strike ini telah memenangi Anugerah 'Most Brilliant Idea' daripada Pegawai Memerintah pada 26 Dis 11 yang lalu.



Penadah Air
Penadah air (air cond) ini adalah ciptaan Kumpulan Deutz. Penciptaan penadah air ini bertujuan untuk mengelakkan dari air menakung di laluan kiri dan kanan kapal, di mana takungan air ini boleh menyebabkan warga kapal tergelincir ketika berjalan. Air yang menitik keluar dari corong air cond terus masuk ke dalam penadah air sekaligus terus mengeluarkan air takungan tersebut ke laut melalui corong khas.

Sand Paper di tangga
Hasil kreativiti bersama Kumpulan Otomat dan Strike ini bertujuan untuk menggelakkan warga kapal dari tergelincir ketika menuruni tangga. Kebanyakkan tangga kapal yang berisiko tinggi diletakkan sand paper untuk kesenangan warga kapal.

Inovasi-inovasi ini telah membuktikan Amalan 5S telah menjadikan warga kapal lebih inovatif dan kreatif. Bukan nama yang dipinta, tetapi adalah kemudahan dan kesenangan warga kapal yang diutamakan.

Diharap warga 1MAHAWANGSA terus menerus mengamalkan Amalan 5S dan memberi idea-idea yang lebih menarik lagi.

Thursday, March 17, 2011

MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN LATIHAN DAN PERUNDING BAGI PERLAKSANAAN AMALAN PERSEKITARAN YANG BERKUALITI KE ARAH PENSIJILAN 5S

Syarikat AHA Dynmic Resources merupakan konsultant yang di lantik dalam membantu KD MAHAWANGSA di atas kejayaan menerima Anugerah Amalan Persekitaran Berkualiti 5S. Saksikan di Astro Awani.





Pelaksanaan ini telah memberi impak yang positif di mana telah meningkatkan mutu kerja yang baik serta telah menaikkan semangat untuk bekerja pada setiap hari.

Berikut adalah hasil Sebelum & Selepas Amalan 5S yang dilaksanakan di MT Armada.












Pihak kami menawarkan perkhidmatan untuk membekal tenaga penceramah/fasilitator bagi membantu dalam menjayakan misi latihan yang menepati kehendak pelanggan dengan bayaran perkhidmatan yang berpatutan.

Sila hubungi wakil latihan ADR :
1- Pn. Jue Azwa (H/p: 019 5667795) - Pengurus Latihan & Pembangunan Modal Insan
2- En. Ahmad  (H/p: 0195759162) - Pengurus Operasi/Latihan