Saturday, February 11, 2012


Majlis Pelancaran 5S KD MAHAWANGSA

Cendermata dari pihak konsultant kepada Pegawai Memerintah KD MHW
Barisan konsultant ADR bersama pegawai-pegawai  KD MHW



Pada tanggal 30 Nov 11 terlakarnya satu sejarah baru di dalam Armada TLDM di mana secara rasminya KD MAHAWANGSA telah melancarkan Majlis Pelancaran 5S yang berlangsung pada jam 0800H sejurus tamatnya upacara menaikkan panji-panji.  



KD MAHAWANGSA merupakan kapal pertama di dalam TLDM yang kini ke arah persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S). 

Majlis ini diadakan di Geladak Penerbangan dan telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah iaitu Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM sambil diperhatikan oleh 3 orang wakil konsultan dari syarikat AHA Dynamics Resources iaitu Pn. Jue Azwa, En. Kamaruzaman dan Ustazah Kamilah. 

Majlis ini juga turut disaksikan oleh seramai 160 orang warga 1MAHAWANGSA yang terdiri dari pegawai, bintara dan juga laskar.  


No comments:

Post a Comment