Saturday, February 11, 2012

Lawatan Konsultansi 5S KD PELANDOK



Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. 

Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja, Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja. Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai 
tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan.



Siri Lawatan Konsultansi di KD PELANDOK 

Lawatan Kawasan (Bahagian Pentadbiran)
Amalan 5S ini merupakan satu kaedah bagi melaksanakan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kemas, bersih dan tersusun. Jika Amalan 5S dilaksanakan ianya akan meningkatkan tahap pengurusan dan penyelenggaraan pejabat  ke arah yang lebih baik di samping dapat mengurangkan pembaziran.

Bersama Ketua Audit KD Pelandok - Lt Kdr Fuad

Penerangan dari Pegawai Memerintah KD Pelandok

Komitmen dan penglibatan Pengurusan Atasan dan warga Jabatan/Agensi dalam 
pelaksanaan Amalan 5S merupakan asas kepada peningkatan 
kualiti dan produktiviti Jabatan/Agensi.
Penambahbaikan proses "Susun"
Tinjauan bagi proses "Seragam"

Amalan 5S merujuk kepada pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih seragam dan sistematik. Amalan 5S dapat membantu warga Jabatan/Agensi bekerja dalam persekitaran tempat kerja yang kondusif dan selesa.
berpasukan di samping mewujudkan rasa selesa terhadap persekitaran 
tempat kerja.
Penerangan bagi Sudut 5S

Pemeriksaan bagi amalan "Sisih" di bilik simpanan 
Amalan 5S akan membentuk disiplin diri yang baik, semangat kerja berpasukan di samping mewujudkan rasa selesa terhadap persekitaran tempat kerja.

No comments:

Post a Comment