Saturday, February 11, 2012

INOVASI 5S


Inovasi 5S

Sejak kapal mula ke arah persijilan 5S, didapati beberapa inovasi-inovasi terbaru direka untuk kemudahan dan kesenangan warga kapal. Inovasi-inovasi ini direka bersesuaian dengan konsep 5S yang inginkan kapal sentiasa di dalam keadaan bersih, kemas, teratur dan pelbagai lagi.

Diperlihatkan beberapa inovasi-inovasi yang dicipta oleh Kumpulan-kumpulan 5S KD MAHAWANGSA:


Peralatan Menyelamatkan Orang Jatuh Laut
Man Over Board Recovery - Pada mulanya gelungan tali hanya diikat pada tiangrecovery. Memandangkan ianya kelihatan tidak kemas, bahkan boleh melambatkan kerja-kerja menyelamatkan orang jatuh laut. Atas inisiatif Kumpulan Otomat diciptanya gelungan tali yang diletakkan di dalam roller agar mudah untuk mengeluarkan tali jika berlaku kecemasan.

Pemegang Tangga 'Roller Hitch'
Satu gelunggan tali 'manila' yang dikenali sebagai 'Roller Hitch' telah diikat pada pemegang tangga untuk menuruni tangga ke 'Tank Deck'. Gelunggan tali ini dicipta agar memudahkan warga kapal memegang pemegang tangga dengan selamat sekaligus menggelakkan pengguna tergelincir. Untuk pengetahuan semua, 'Roller Hitch' ini dicipta kerana tangga ini selalu digunakan warga kapal dengan membawa pelbagai barang-barang seperti rangsum basah, peralatan kelasi, peralatan teknikal dan pelbagai lagi. Ciptaan Kumpulan Strike ini telah memenangi Anugerah 'Most Brilliant Idea' daripada Pegawai Memerintah pada 26 Dis 11 yang lalu.



Penadah Air
Penadah air (air cond) ini adalah ciptaan Kumpulan Deutz. Penciptaan penadah air ini bertujuan untuk mengelakkan dari air menakung di laluan kiri dan kanan kapal, di mana takungan air ini boleh menyebabkan warga kapal tergelincir ketika berjalan. Air yang menitik keluar dari corong air cond terus masuk ke dalam penadah air sekaligus terus mengeluarkan air takungan tersebut ke laut melalui corong khas.

Sand Paper di tangga
Hasil kreativiti bersama Kumpulan Otomat dan Strike ini bertujuan untuk menggelakkan warga kapal dari tergelincir ketika menuruni tangga. Kebanyakkan tangga kapal yang berisiko tinggi diletakkan sand paper untuk kesenangan warga kapal.

Inovasi-inovasi ini telah membuktikan Amalan 5S telah menjadikan warga kapal lebih inovatif dan kreatif. Bukan nama yang dipinta, tetapi adalah kemudahan dan kesenangan warga kapal yang diutamakan.

Diharap warga 1MAHAWANGSA terus menerus mengamalkan Amalan 5S dan memberi idea-idea yang lebih menarik lagi.

No comments:

Post a Comment